Monday, August 31, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama NC UMS



31 Ogos 2009 (10 Ramadhan 1430) – Pihak Masjid UMS telah melakukan satu acara majlis berbuka puasa bersama Naib Canselor UMS iaitu Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Hasil maklumat yang diperolehi oleh penulis, dianggarkan kehadiran pelajar yang datang ke majlis tersebut adalah lebih kurang 500 orang pelajar. Selain itu, pekerja-pekerja ums juga telah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Tujuan majlis ini di adakah adalah untuk mewujudkan dan juga mengeratkan silaturahim di kalangan pelajar dan juga pekerja ums, disamping itu ia adalah bertujuan untuk menyampaikan wang zakat kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan menerima sumbangan tersebut.

Majlis berbuka Puasa ini telah bermula pada pukul 6.00 petang, dimana Ustad Israq telah menyampaikan kata alu-aluan untuk memulakan pembukaan majlis tersebut di iringi dengan doa berbuka puasa. Lebih kurang dalam 6.40 petang, semua pelajar dan pekerja ums yang muslim melaksanakan solat maghrib. Selepas solat maghrib dilaksanakan, semua jemputan telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Dalam 7.50 malam, ssemua jemputan yang muslim telah melaksanakan solat isyak dan juga solat sunat tarawih secara berjemaah. Lebih kurang dalam pukul 9.00 malam, Naib Cancelor telah menyampaikan sumbangan zakat kepada para pelajar yang berkelayakan menerima zakat tersebut. Majlis tersebut tamat dalam 9.30 malam.

No comments:

Post a Comment