Thursday, December 16, 2010

Musafir : Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu

27-29 ZulHijjah 1431

Dah lama tidak bermusafir panjang seperti ni, rasanya yang akhir sekali 6 bulan yang lalu sebelum saya ditawarkan bekerja di Putrajaya. Kali ini tujuan ke tawau adalah untuk menghadiri jemputan kawin seorang sahabat rapat yang di ijabkabulkan di sana. Rasanya selama tiga hari saya disana tiada perubahan yang ketara sangat di tawau dari segi pembangunan dan juga sosial masyarakatnya di sana.

Alhamdulillah, perlaksanaan walimatul urus sahabat tersebut berjalan lancar dan ikutan dari segi adat suku kaum sana mungkin kurang bagi pandangan saya, mugkin juga di sebabkan bapa dan keluarga pengantin perempuan yang tahu tentang batas-batas agama dalam perlaksanaan walimatul urus. Walaupun walimatul urus yang di laksanakan belum lagi memenuhi syariat islam yang sebenar seperti yang di anjurkan dalam islam, tetapi ada usaha dalam melakukan perubahan dalam menerapkan majlis perkhawinan yang islamic. Ana doakan :

بَارَكَ اللَّهُ لَكُمْ وَبَارَكَعَلَيْكُمْ

"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu". [Musnad Ahmad no1648]

Kepada sahabat yang ana kasihi Mohd Hisham Bin Abdul Dor dan pasangannya Nurul Ashikin Binti Mohd Noor.


29-30 ZulHijjah 1431

Dari Tawau menuju ke Sandakan, daerah asal hambaNYA yang lemah ini dilahirkan. Sekadar menziarah saudara-mara saya di sana dan sambil-sambil melihat perkembagan Bandar Sandakan yang semakin berkembang maju. Memang amat jarang sekali untuk saya ke Sandakan jika tiada tujuan yang hendak di lakukan di sana. Perjalanan dari Tawau ke Sandakan mengambil masa dalam 5 jam perjalanan, Alhamdulillah sepanjang perjalanan di lalui amat baik. Sebelum menuju ke Sandakan, saya, rakan-rakan dan keluarga pegantin lelaki telah singgah berehat sekejap di daerah Lahad Datu di sebuah restoran bernama Nur Hidayah. Yang menarik perhatian saya di dalam restoren tersebut, terdapat banyak gambar-gambar para perdana menteri Malaysia yang pertama hingga perdana menteri sekarang dan juga menteri-menteri yang berkhidmat sabah, boleh dikatakan patriotic juga tuan restoran ni.


Selain itu terdapat juga gambar-gambar para ulama silam nusantara iaitu wali songo (Sembilan orang wali) yang merupakan para penegak islam pada kurun ke 17 di tanah jawa. Saya tidak sangat mengetahui sejarah perjalanan hidup mereka dalam mengembangkan ajaran islam di bumi nusantara. Cuma saya terfikir apakah lakaran wajah Sembilan wali ini adalah wajah sebenar mereka dan memaparkan lakaran wajah mereka yang belum pasti betul lagi di dinding-dinding seperti mengagung-agungkan mereka yang telah tiada. Bagi saya, cara mencintai ulama-ulama silam bukanlah dengan mengantungkan gambar mereka dinding seperti yang dilakukan kaum-kaum kufar, tetapi dengan mengamal ajaran islam yang mereka sampaikan. Yang jelas, Nabi kita yang agung Muhammad s.a.w pernah berkata tentang hukum gambar yang berada di dalam rumah yang di riwayatkan dari Ibnu Abbas r.a :

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ أَنَّ بُكَيْرًا حَدَّثَهُ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ دَخَلَ الْبَيْتَ وَجَدَ فِيهِ صُورَةَ إِبْرَاهِيمَ وَصُورَةَ مَرْيَمَ فَقَالَ أَمَّا هُمْ فَقَدْ سَمِعُوا أَنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ هَذَا إِبْرَاهِيمُ مُصَوَّرًا فَمَا بَالُهُ يَسْتَقْسِمُ

Telah diceritakan kepada kami [Harun bin Ma'ruf] telah diceritakan kepada kami [Ibnu Wahb], ia berkata; telah dikhabarkan kepadaku ['Amru bin Al Harits] bahwa [Bukair] menceritakan kepadanya dari [Kuraib] mantan budak Ibnu Abbas, dari [Ibnu Abbas]; bahwasannya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika masuk Ka'bah, beliau menemukan gambar Ibrahim dan gambar Maryam, maka beliau bersabda: "Tidakkah mereka telah mendengar bahwa malaikat itu tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar. Sedang ini Ibrahim dalam bentuk gambar, lalu apa bedanya dengan gambar yang lain?!"[Musnad Ahmad no2378]

Dan sabda NAbi s.a.w yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بِلَالٍ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ تَمَاثِيلُ أَوْ تَصَاوِيرُ

Telah diceritakan kepada kami [Abu Bakr bin Abu Syaibah]; Telah diceritakan kepada kami [Khalid bin Makhlad] dari [Sulaiman bin Bilal] dari [Suhail] dari [Bapaknya] dari [Abu Hurairah] dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Malaikat tidak mau masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar."[shahih muslim no3948]

Gambar-gambar Wali Songo, Para PM Dan Raja-Raja Malaysia

30 Zulhijjah 1431 – 1 Muharram 1432

Dari Sandakan menuju ke tanah air tempat saya membesar dan mempelajari erti hidup iaitu Kota Kinabalu dan juga merupakan tempat tinggal IbuBapa saya. Terubat sikit rindu bila berjumpa dengan Ibubapa saya dekat sabah, sempat juga melayan karenah adik-adik terutamanya adik bongsu lelaki Mohd Abid dan perempuan Dayang Nur Ain..:-). Sehari semalam di Kota Kinabalu, memang singkat untuk bersembang panjang dengan keluarga saya. sebelum menuju ke lapangan terbang kota kinabalu (KKIA), saya sempat singgah ke gerai emak di kompleks karamunsing dan juga kedai buku yang biasa saya lawati iaitu Golden Quality di Wisma Muis. Menjadi satu kebiasaan saya iaitu akan membeli buku bila dah singgah di kedai buku, itupun jika ada buku yang baru sampai dan belum dibaca. Kali ni, Dua buah buku akan menjadi koleksi saya iaitu Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa a.s Untuk Membunuhnya, Karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dan sebuah buku yang saya tertinggal di dalam kapal terbang iaitu Pesanan Rasulullah Kepada Kaum Wanita (Kena cari balik buku ni, sebab baru separuh jak dibaca).

Orang kata bila berhijrah pasti ada halangannya, sebenarnya saya tidak perasan tarikh tempahan balik penerbangan saya ke Kuala lumpur merupakan tarikh tahun baru islam iaitu 1 Muharram 1432. Mungkin juga satu teguran dari Allah kepada saya, setiap penghijrahan pasti akan diiringi dengan ujian. Saya bernasib baik apabila check-in awal iaitu pada pukul 5.00 Petang di kuanter KKIA untuk penerbngan saya pada pukul 7.05 Petang. Sesuatu yang tak di sangka, nama saya tak tersenarai dalam waktu penerbangan tersebut, sedangkan salinan cetakan yang saya bawa adalah waktu penerbangan tersebut. Terpaksa lah saya ke kuanter pejabat pengurusan KKIA untuk mengetahui punca berlakunya masalah tersebut, bila mendengar penjelasan pihak KKIA walaupun berlaku sikit pertelingkahan dan salah faham dengan mereka, rupa-rupanya semasa pembelian tiket penerbangan balik, sistem online MAS tidak merekodkan nama saya setelah saya membuat pembayaran secara online untuk tiket penerbangan tersebut. Alhamdulillah setiap halangan pasti ada pertolonganNYA. Penerbangan saya telah digantikan pada pukul 8.30 Malam selepas penerbangan saya pada pukul 7.05 telah belepas, hampir 2 jam saya untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak KKIA..satu pengalaman yang amat tersirat bagi saya…J

Sempena Maal Hijrah ini, elok juga untuk saya mengingati kembali satu hadis dari Rasulullah s.a.w :

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ الْمُكْتِبِ عَنْ أَبِي كَثِيرٍ الزُّبَيْدِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْهِجْرَةِ أَفْضَلُ قَالَ أَنْ تَهْجُرَ مَا كَرِهَ رَبُّكَ وَهُمَا هِجْرَتَانِ هِجْرَةُ الْحَاضِرِ وَهِجْرَةُ الْبَادِي فَأَمَّا هِجْرَةُ الْبَادِي فَيُطِيعُ إِذَا أُمِرَ وَيُجِيبُ إِذَا دُعِيَ وَأَمَّا هِجْرَةُ الْحَاضِرِ فَهِيَ أَشَدُّهُمَا بَلِيَّةً وَأَعْظَمُهُمَا أَجْرًا

Telah diceritakan kepada kami [Waki'] telah dinceritakan kepada kami [Al Mas'udiy] dari [Amru bin Murrah] dari [Abdullah bin Al Harits Al Maktab], dari [Abu Katsir Az Zubaidiy] dari [Abdullah bin 'Amru], bahwa ada seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam,

Dia berkata; "Hijrah yang bagaimana yang paling utama?"

Beliau s.a.w menjawab: "Yaitu engkau jauhi apa yang telah dibenci oleh Rabbmu, dan itu ada dua hijrah; Hijrah Al Hadlir dan Hijrah Al Badiy. Hijrah Al Badiy adalah engkau selalu taat jika diperintah, dan selalu siap jika diseru. Adapun Hijrah Al Hadlir adalah hijrah yang lebih berat ujian dan pahalanya di antara kedua hijrah tersebut."[Musnad ahmad 6521]

Puncak Gunung Kinabalu (Sandakan-KK)

Salam Maal Hijrah 1432

No comments:

Post a Comment