Showing posts with label Coretan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hidup. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Musafir : Tawau-Sandakan-Kota Kinabalu

27-29 ZulHijjah 1431

Dah lama tidak bermusafir panjang seperti ni, rasanya yang akhir sekali 6 bulan yang lalu sebelum saya ditawarkan bekerja di Putrajaya. Kali ini tujuan ke tawau adalah untuk menghadiri jemputan kawin seorang sahabat rapat yang di ijabkabulkan di sana. Rasanya selama tiga hari saya disana tiada perubahan yang ketara sangat di tawau dari segi pembangunan dan juga sosial masyarakatnya di sana.

Alhamdulillah, perlaksanaan walimatul urus sahabat tersebut berjalan lancar dan ikutan dari segi adat suku kaum sana mungkin kurang bagi pandangan saya, mugkin juga di sebabkan bapa dan keluarga pengantin perempuan yang tahu tentang batas-batas agama dalam perlaksanaan walimatul urus. Walaupun walimatul urus yang di laksanakan belum lagi memenuhi syariat islam yang sebenar seperti yang di anjurkan dalam islam, tetapi ada usaha dalam melakukan perubahan dalam menerapkan majlis perkhawinan yang islamic. Ana doakan :

بَارَكَ اللَّهُ لَكُمْ وَبَارَكَعَلَيْكُمْ

"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu". [Musnad Ahmad no1648]

Kepada sahabat yang ana kasihi Mohd Hisham Bin Abdul Dor dan pasangannya Nurul Ashikin Binti Mohd Noor.


Thursday, June 24, 2010

Kembali Melawat

Alhamdulillah masih wujud juga blog saya ni...:D.. sayang sungguh saya tak memanfaatkan penggunaan blog ini sepenuhnya sebagai medan dakwah dan juga perkongsian ilmu yang saya miliki kepada orng lain..insyaAllah kalau ada kesempatan dan masih wujud di bumi Allah ini saya akan terus berusaha melakukan penambahan maklumat dalam blog ini..akhir sekali dari saya..semoga hati kita sentiasa d temani oleh Allah s.wt dan RasulNya Muhammad s.a.w..>peace<