Showing posts with label Kehidupan Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Pelajar. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

Merdeka Di Bulan Ramadhan


31 ogos 2009 atau 10 Ramadhan 1430 Hijrah, merupakan tarikh yang menunjukkan sudah 10 hari kita melaksanakan ibadah puasa. Nampaknya pada tahun ini kebanyakan pelajar di UMS menyambut hari kemerdekaan dengan sederhana sekali, kalau sebelum ni kebanyakan para pelajar UMS menyambut kemerdekaan negara kita Malaysia dipadang-padang dalam mengira detik 31 ogos, tetapi kali ini kelihatan jelas perbezaan dalam menyambut kemerdekaan.


Alhamdulillah, nampaknya bulan ramadhan yang penuh berkah ini dapat mendidik para pelajar dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Dan kemerdekaan kali ini membuat saya terfikir, ada kah diri kita terutamanya diri saya bebas atau merdeka dari kawalan nafsu kita atau kita dapat mengawal nafsu kita dalam melakukan sesuatu pekara. Kerana Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w pernah bersabda kepada umatnya yang bermaksud:


Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.” (Hadis ini hadis sahih yang di riwayatkan dari kitab al-Hujjah karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid.)


Tapi apa yang kita lihat ada segelintir para pelajar masih tewas dengan nafsu mereka sendiri, buktinya di bazar ramadhan apa bila saya terserempak dengan seorang rakan yang membawa makanan yang boleh dikatakan banyak juga untuk keperluan diri dia, saya bertanya pada rakan tersebut “wah.. banyaknya lauk kamu beli, kawan kau kirimkah? rakan itu menjawab dengan selambanya “ untuk seorang jak bah ni” sambil ketawa. Saya hanya mampu tersenyum dan ketawa dengan rakan tersebut. Mungkin juga dia hanya bergurau dengan saya. Tapi kalau itu lah yang sebenarnya, menunjukkan ada segelintir para pelajar yang masih dijajah oleh hawa nafsunya.


Jadi mari kita befikir sejenak kembali, adakah kita telah dapat memerdekakan diri ini daripada nafsu kita.. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Yang ke-52..;-)

Tuesday, August 4, 2009

Takdir Yang Pasti

Pencarian yang belum selesai,
Atau penemuan yang belum memuaskan hati,
Mencari apa yang dikhendaki,
Memperolehi apa yang tidak diingini,
Adakah jiwa ini masih dikotori,
Sehingga sukar menerima hidayah ilahi,

Ya Rabb, ku mohon pada Mu yang hakiki,
Agar hati ini tidak mati,
Setelah Engkau memberi jalan terhadap hambu mu ini,
Dalam merasai nikmat iman yang Engkau beri,

Dengan izin Mu ilahi,
Hamba Mu mensyukuri nikmat yang diperolehi,
Kerna yang pasti,
Apa yang diberi adalah terbaik pada diri ini,
Daripada apa yang dikhendaki diri,
kerna takdir dari Mu adalah pasti.

Hasil Nukilan : JaS


hehe.. sebenarnya puisi ni terhasil semasa dalam kelas, kalau tak silap saya kelas BT16-BT17. oleh kerana duduk dekat belakang sekali akibat lewat datang kelas menyebabkan saya tidak dapat mendengar dengar jelas apa yang di ajar oleh pengajar tesebut ditambah lagi segelintir pelajar yang bising.. erm..lau di ikutkan memang silap saya juga, sapa suruh datang lewat... hehe... apa-apa pun inilah karya yang saya hasilkan.. jadi kita layan jak.. ;-)