Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Setiap Insan Saling Memerlukan

Dalam kehidupan ini tiada yang satu melainkan DIA,

Kerna DIA lah ALLAH, yang Maha Esa,

Pencipta kepada manusia yang saling memerlukan,

Memerlukan bantuan,

Memerlukan kasih sayang,

Memerlukan pekerjaan,

Memerlukan ilmu untuk mengenal DIA,

Agar tidak tersesat di dunia yang fana ini,

Dan memerlukan segala-galanya,

Untuk mcapai matlamat di hati.


Tapi dalam mencapai matlamat yang di ingin,

Pasti ada ujian yang perlu dilalui,

Pasti ada kegagalan, untuk capai kejayaan,

Pasti ada kesedihan, untuk capai kegembiraan,

Pasti ada kekurangan, untuk capai kesempurnaan,

Pasti ada kelemahan, untuk capai kekuatan,

Pasti ada kesengsaraan, untuk capai kebahagian,

Pasti ada kesakitan, untuk capai kesihatan,

Pasti ada kesempitan, untuk capai kelapangan,

Pasti ada kebodohan, untuk capai kebijaksanaan,

Dan perlu ada ujianNYA, untuk capai keredaaNYA,


Setiap yang keseorangan, pasti ada yang akan menemaninya,

Setiap yang terluka, pasti ada yang akan mengubatinya,

Setiap kesunyian, pasti ada yang memberikan kegembiraan,

Setiap yang hidup, pasti ada akan menemui kematian,

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya,

Setiap hambaNYA, pasti akan memerlukanNYA,

Kerna manusia tidak akan sempurna, jika DIA tiada di dalam hati kita.

Penulis : Mohd Jusharil Juang

Tuesday, August 4, 2009

Takdir Yang Pasti

Pencarian yang belum selesai,
Atau penemuan yang belum memuaskan hati,
Mencari apa yang dikhendaki,
Memperolehi apa yang tidak diingini,
Adakah jiwa ini masih dikotori,
Sehingga sukar menerima hidayah ilahi,

Ya Rabb, ku mohon pada Mu yang hakiki,
Agar hati ini tidak mati,
Setelah Engkau memberi jalan terhadap hambu mu ini,
Dalam merasai nikmat iman yang Engkau beri,

Dengan izin Mu ilahi,
Hamba Mu mensyukuri nikmat yang diperolehi,
Kerna yang pasti,
Apa yang diberi adalah terbaik pada diri ini,
Daripada apa yang dikhendaki diri,
kerna takdir dari Mu adalah pasti.

Hasil Nukilan : JaS


hehe.. sebenarnya puisi ni terhasil semasa dalam kelas, kalau tak silap saya kelas BT16-BT17. oleh kerana duduk dekat belakang sekali akibat lewat datang kelas menyebabkan saya tidak dapat mendengar dengar jelas apa yang di ajar oleh pengajar tesebut ditambah lagi segelintir pelajar yang bising.. erm..lau di ikutkan memang silap saya juga, sapa suruh datang lewat... hehe... apa-apa pun inilah karya yang saya hasilkan.. jadi kita layan jak.. ;-)